Social Icons

Pages

Sabtu, 28 Desember 2013

Sabhi Terlantar Di Hospital Akibat ‘Slipped Disc’


Kasihan pula mendengar khabar penyanyi, Sabhi Sadhi yang kini terlantar sakit di hospital kerana penyakit ‘slipped disc’ yang sudah lama dihidapinya.

Melalui carian kami di laman Google, penyakit ini terjadi apabila ‘disc’ atau struktur jeli pada tulang belakang membengkak atau tersasar dari keadaan asalnya.

Akibatnya, ia akan menekan urat-urat saraf yang berhampiran dan menyebabkan kebas dan sakit yang tidak terhingga di bahagian pinggul hingga ke bawah kaki.

Fuh, mendengarnya saja sudah cukup menakutkan.

Menurut isteri Sabhi, Wani, penyakit itu sebelum ini tidak begitu serius sehinggalah dia terjatuh ketika bermain bola dan badminton baru-baru ini, memetik laporan media Hiburan Online.

“Ada sahabat yang menasihatkan agar Sabhi berubat dengan kaedah alternatif (perubatan cina) dan selepas melakukanya, keadaanya semakin serius sehingga tidak boleh berjalan dan duduk dengan baik.

“Sekarang ini suami saya perlu berjalan menggunakan tongkat dan jika tiada perubahan mungkin dia saya perlu menjalani pembedahan,” ujarnya.

Apapun, kami doakan agar Sabhi segera sembuh dari penyakitnya dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini.

Oleh: ELZA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar