Social Icons

Pages

Rabu, 05 Februari 2014

Pemuda Ini Melakukan 11 Pekerjaan dalam Sehari


Foto : David Day (Newsteam) 
 Foto : David Day (Newsteam)
 
CARLTON - Seorang lelaki bernama David Day, melakukan sebelas pekerjaan dalam satu hari. Aksi pemuda 21 tahun ini membuatnya menjadi lelaki paling bekerja keras di England.

Ramai lelaki seumuran David di England belum bekerja dan mereka hanya disibukkan dengan aktiviti  kuliah atau pelatihan. Namun, David diusianya yang masih sangat muda sudah melakukan beberapa pekerjaan yang menakjubkan.

Hampir setengah dari pekerjaan yang dia lakukan itu bersifat sukarela. Ia bertekad untuk membantu masyarakat, lima pekerjaan yang dilakukannya mendapatkan bayaran dan enam pekerjaan lainnya adalah sukarelawan. Ia bekerja sebanyak 60 jam  seminggu.

Pemuda tambun ini bekerja sebagai pelayan toko di Primark, di Notts County Football Club, petugas makan siang di sebuah sekolah SMP, dan bekerja di klub setelah-sekolah, yang semuanya sebanyak 40   seminggu.

Namun, ia masih bekerja menjadi sukarelawan di kelompok pemuda dan pusat bermain anak-anak, pelatih bulu tangkis dan sepak bola, relawan St John Ambulance, dan mengajarkan hidup hemat.

David mendapatkan upah mingguan sebesar 262 poundsterling .

"Saya hanya bergerak dari satu pekerjaan ke pekerjaan berikutnya, tapi saya sudah terbiasa dengan cara saya dalam mengatur waktu,” ujar David. Demikian dikutip dari Daily Mail, Kamis (27/6/2013).

"Saya lebih suka melakukan sesuatu yang berguna daripada duduk di depan TV. Sangat menyenangkan untuk memiliki uang, tapi saya tidak peduli tentang hal itu. Untuk membantu orang-orang dan melakukan sesuatu yang saya nikmati jauh lebih berarti,” ungkap pria yang tinggal di Carlton, Nottingham, Inggris.

"Ada persepsi bahwa kaum muda tidak akan melakukan apa-apa, tetapi ada orang seusia saya di luar sana yang ingin membantu orang lain. Hal ini bagus untuk membuat orang merubah cara pandangnya terhadap orang-orang yang seusia saya dan menjadi motivasi mereka untuk melakukan hal yang sama,” jelas David.

"Saya ingin melihat lebih banyak relawan dan menunjukkan kepada orang-orang bagaimana rasanya membantu orang lain,” tutupnya. (AUL)Okezone
selengkapnya

Selasa, 04 Februari 2014

Benggang Goh Leong San Letak Jawatan


AIR KEROH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong daripada DAP Goh Leong San hari ini meletakkan jawatan ketua pembangkang negeri.

Katanya, tindakan itu diambil ekoran kekesalannya terhadap tindakan rakan-rakan dalam parti itu yang mempersoalkan pujiannya terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron baru-baru ini.

Wakil rakyat yang dikatakan tidak berpuas hati itu ialah Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Lai Kuen Ban (Kota Laksamana).

Malah, Goh mendakwa situasi memaksanya meletakkan jawatan kerana tidak lagi dapat mewakili pembangkang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka 3 Oktober lalu, Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San memuji kepimpinan dan ketokohan Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron.

Perkara itu dinyatakan Leong San ketika membahaskan usul terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob atas ucapan perasmian pembukaan persidangan kedua penggal pertama DUN.

Selain itu, Leong San turut menyifatkan Ketua Menteri Melaka ke-10 itu sebagai seorang yang berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik.

Katanya, Idris amat komited untuk membawa pentadbiran kerajaan negeri Melaka ke satu era yang lebih demokratik dan adil.

Tambahnya lagi, Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, mempunyai misi yang amat jelas membangunkan rakyat dan negeri ini selaras dengan wawasan Melaka Maju Fasa
selengkapnya

Senin, 03 Februari 2014

Ujian Pap Smear Elak Kanser Pangkal Rahim Serviks

Ujian Pap Smear Elak Kanser Pangkal Rahim (Serviks)



Siapa yang patut melakukan pap smear?

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim (serviks). Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman.


Pada permukaan pangkal rahim terdapat transformation zone yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Dalam masa 2 atau 3 hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dan baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi?

Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

* Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
* Mereka yang kerap bertukar pasangan.
* Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

Berapa kali ujian diperlukan?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubungan seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah tinjauan ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks, terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Adakah ujian pap smear tepat?

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Apa yang saya perlu lakukan sebelum ujian?

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

* Digalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.

* Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
selengkapnya

Minggu, 02 Februari 2014

Alvin Dan Vivian Harus Dikenakan Tindakan Keras – Tun Dr Mahathir

Pasangan Hina Islam Harus Dikenakan Tindakan Keras

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perbuatan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada rusuhan dalam kalangan rakyat.
“Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas…nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar,” katanya.
Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga Proton di sini malam ini dan berpendapat hukuman keras harus ke dikenakan terhadap pasangan itu, sebagai pengajaran.
“Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan,” katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.
Pasangan itu sebelum ini dikecam ramai setelah memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 18 orang balu, anak-anak pekerja Proton dan 53 anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Baitul Hidayah. -BERNAMA
selengkapnya

Sabtu, 01 Februari 2014

Najib 7 Wasiat Sembilan Raja Raja Melayu

Datuk Seri Najib Tun Razak

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tujuh Wasiat oleh Sembilan Raja-Raja Melayu sebagai sesuatu yang sangat jelas dan tidak boleh dipertikaikan.

"Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh," kata Presiden Umno itu pada pelancaran agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera hari ini.

Menjiwai pentingnya perjuangan Bumiputera, Najib memetik Tujuh Wasiat tersebut yang memperkenan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan.

"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk Ente dan kami benarkan Ente isytihar dan simpan untuk anak cucu Ente, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya Ente rebutlah bersama-sama kaum lain," ucapnya dengan lantang.

Najib berkata Wasiat itu telah menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada Bumiputera, melalui penyertaan Sabah dan Sarawak apabila Malaysia dibentuk 50 tahun lepas.

Najib yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan lima strategi utama bagi memperkasa Ekonomi Bumiputera, meliputi modal insan, pemilikan ekuiti, pemilikan aset bukan kewangan, keusahawanan dan penyampaian perkhidmatan.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet, ahli perniagaan Bumiputera, ahli akademik, dan ribuan penuntut di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk UiTM, di sini.

Katanya Bumiputera yang mewakili 67.9 peratus warganegara Malaysia seramai  27.4 juta orang, perlu menjadi teras kepada agenda nasional dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

"Sesungguhnya, sebarang prakarsa (inisiatif) bersifat nasional yang tidak mengambil kira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama," katanya.

Sejak Merdeka, kata Perdana Menteri, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut.

Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu.

"Mereka dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui "Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a.

Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b," kata Najib.  - Bernama
selengkapnya

Jumat, 31 Januari 2014

Pokemon Dalam Dunia Nyata

PhotobucketPokemon Dalam Dunia Nyata - Ingatkah anda akan film kartun asal Jepang yang bernama Pokemon. Hingga sekarang pun film kartun ini masih tayang kok. Film yang lucu dan memiliki jalan cerita yang panjang yaitu dimana si seri ingin menjadi trainer pokemon ternama dengan mengikuti berbagai kejuaraan yang ada. Ternyata Pokemon memang ada di dunia ini. Percaya atau tidak ini dia Pokemon Dalam Dunia Nyata :



Photobucket
selengkapnya

Kamis, 30 Januari 2014

Kes Culik – Pulau Pom Pom Dikawal Rapi


SEMPORNA – Terdapat kapal Pasukan Petugas Khas yang berlabuh di jeti kayu apabila saya dan rakan sekerja tiba di perairan jernih yang indah di pulau peranginan Pom Pom dengan menaiki bot yang disewa.

Beberapa anggota petugas sedang melakukan kawalan di jeti dan ada yang berjalan di dalam dan luar chalet di mana ahli perniagaan Taiwan Hsu Min Li, 57, ditembak mati dan isterinya, Chang An Wei, 58 diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf, awal Jumaat lalu.

Ketika kami berjalan di atas laluan berkayu menuju ke arah pintu masuk utama resort yang dimiliki oleh hartawan balak dari Tawau itu, kami melihat pelancong sedang melakukan aktiviti snorkeling dan bersantai di perairan pantai di pantai.

Mereka kelihatan tenang dan bahagia walaupun dengan kehadiran anggota keselamatan bersenjata.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki dan seorang wanita gelisah apabila mereka melihat rakan saya mengambil gambar-gambar pemandangan.

Mereka memberi amaran kepada kami supaya tidak menyiarkan gambar mereka dan mengancam mengambil tindakan jika ia disiarkan.

Kami terus bergerak ke arah pintu masuk chalet yang mana kos satu malam bagi setiap seorang ialah RM650.

Terdapat papan tanda yang tertulis: “Harta persendirian, dilarang menceroboh”.

Kami meneruskan perjalanan kerana mahu meninjau suasana di tempat itu selepas kejadian pembunuhan dan penculikan.

Kami bercakap dengan seorang lelaki di lobi utama jika kami boleh masuk ke chalet.

Beliau berkata, “ya” dan kemudian, bertanya: “Adakah anda tetamu?”.

Apabila kami berkata “tidak”, beliau berkata: “Saya minta maaf ini adalah harta peribadi dan anda tidak dibenarkan berada di sini. Anda perlu membuat tempahan melalui pejabat kami di Kota Kinabalu sebelum anda boleh masuk.”

Ketika berjalan pulang ke jeti, kami lalu di lima buah chalet air lima bertiang di mana terdapat pasukan polis di situ.

Kami pergi mendapatkan anggota polis untuk mengumpul maklumat lebih lanjut mengenai kejadian itu dan mengambil gambar chalet di mana Hsu telah ditembak mati dan Chang telah diculik.

Polis dilihat sedang membawa keluar barang-barang dari chalet.

Terdapat juga beberapa warga asing, dipercayai pegawai dari Taiwan. Mereka beralih ke tempat lain apabila kami cuba untuk mendekati mereka.

Seorang pegawai polis memberitahu bahawa barang-barang mangsa dibiarkan dan tidak disentuh oleh lelaki bersenjata, menolak khabar angin bahawa motif di sebalik serangan adalah rompakan.

Kamera dan telefon bimbit mangsa masih berada di dalam begnya.

Anggota polis yang kami temui berkata mereka hairan mengapa lelaki itu dibunuh manakala yang wanita diculik.

Beberapa spekulasi menyatakan bahawa seseorang telah membantu kemasukan kumpulan bersenjata terbabit ke kawasan itu, kerana agak mustahil mereka masuk tanpa disedari.

Mereka juga melahirkan kekecewaan atas kekurangan kerjasama yang diberikan oleh pemilik resort dan kakitangan sambil berkata mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kenyataan daripada saksi.

Kami meninggalkan pulau itu dengan tanggapan bahawa adalah satu tugas yang sukar bagi pasukan keselamatan untuk mengawal resort itu kerana ia seolah-olah menghargai privasi berbanding segala-galanya. – Mstar Online
selengkapnya