Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014

Kelakar – Bila Siti Nurhaliza Di’Gangnam Style’ Kan!

Kelakar - Bila Siti Nurhaliza DiGangnam Style Kan!

Nampaknya demam Gangnam Style macam tidak mahu kebah lagi.
Daripada satu kepada satu klip parodi gaya itu yang terbit di Youtube saban hari.
Kalau di negara ni, antara yang terbaru melibatkan Siti Nurhaliza.
Rasanya parodi ini diterbitkan oleh peminat-peminat Siti dan berbeza sikit dengan Gangnam Style yang asal sebab….gangnam style siti nampak cukup sopan dan lebih kiut tariannya  ->Komen peminat.

Sumber - MyNewshub
selengkapnya

Selasa, 25 Februari 2014

“Ibu Saya Akan Pergi Jauh” – Arwah Shafik

Shafik

KUALA TERENGGANU – “Ibu, saya akan pergi jauh” – itulah ungkapan terakhir pelumba basikal pelapis Terengganu Mohd Shafik Imran Syahril, 15, kepada ibunya sebelum keluar rumah pagi tadi bagi memulakan rutin latihan harian.
Tuan Jarah Kamariah Tuan Ahmad, 40, tidak menyangka itu adalah petanda anak sulung daripada dua beradik itu bakal meninggalkan mereka sekeluarga buat selamanya.
Beliau berkata sebelum kejadian, Mohd Shafik tidak menunjukkan perubahan pelik dan sempat meminta wang saku untuk bersarapan bersama rakan.
Malah sebelum meninggalkan rumah, Allahyarham sempat bergurau dengan menyatakan akan pergi jauh kepadanya.
ohtidak-shafik-imran-shahri-kemalangan-1
“Saya menganggap itu hanya gurauan kerana arwah sememangnya suka bergurau dan saya ingatkan latihan arwah pada hari ini mungkin lebih jauh berbanding biasa kerana beliau berkata demikian.
“Namun sangkaan itu meleset setelah saya menerima panggilan telefon daripada rakan yang memaklumkan anak saya terlibat dalam kemalangan semasa latihan,” katanya kepada pemberita di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.
Tuan Jarah Kamariah berkata beliau bergegas ke hospital dan dimaklumkan anaknya meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang ke bawah.
Beliau berkata setiap kali jika menyertai kejohanan, pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Negara itu berkobar-kobar ingin menang.
“Arwah akan menyertai kejohanan di Perlis pada 22 Jun ini dan memberitahu ingin menang apabila diberi peluang untuk beraksi dalam kejohanan itu,” katanya. – BERNAMA


selengkapnya

Minggu, 02 Februari 2014

Alvin Dan Vivian Harus Dikenakan Tindakan Keras – Tun Dr Mahathir

Pasangan Hina Islam Harus Dikenakan Tindakan Keras

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perbuatan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada rusuhan dalam kalangan rakyat.
“Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas…nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar,” katanya.
Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga Proton di sini malam ini dan berpendapat hukuman keras harus ke dikenakan terhadap pasangan itu, sebagai pengajaran.
“Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan,” katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.
Pasangan itu sebelum ini dikecam ramai setelah memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 18 orang balu, anak-anak pekerja Proton dan 53 anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Baitul Hidayah. -BERNAMA
selengkapnya

Kamis, 30 Januari 2014

Kes Culik – Pulau Pom Pom Dikawal Rapi


SEMPORNA – Terdapat kapal Pasukan Petugas Khas yang berlabuh di jeti kayu apabila saya dan rakan sekerja tiba di perairan jernih yang indah di pulau peranginan Pom Pom dengan menaiki bot yang disewa.

Beberapa anggota petugas sedang melakukan kawalan di jeti dan ada yang berjalan di dalam dan luar chalet di mana ahli perniagaan Taiwan Hsu Min Li, 57, ditembak mati dan isterinya, Chang An Wei, 58 diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf, awal Jumaat lalu.

Ketika kami berjalan di atas laluan berkayu menuju ke arah pintu masuk utama resort yang dimiliki oleh hartawan balak dari Tawau itu, kami melihat pelancong sedang melakukan aktiviti snorkeling dan bersantai di perairan pantai di pantai.

Mereka kelihatan tenang dan bahagia walaupun dengan kehadiran anggota keselamatan bersenjata.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki dan seorang wanita gelisah apabila mereka melihat rakan saya mengambil gambar-gambar pemandangan.

Mereka memberi amaran kepada kami supaya tidak menyiarkan gambar mereka dan mengancam mengambil tindakan jika ia disiarkan.

Kami terus bergerak ke arah pintu masuk chalet yang mana kos satu malam bagi setiap seorang ialah RM650.

Terdapat papan tanda yang tertulis: “Harta persendirian, dilarang menceroboh”.

Kami meneruskan perjalanan kerana mahu meninjau suasana di tempat itu selepas kejadian pembunuhan dan penculikan.

Kami bercakap dengan seorang lelaki di lobi utama jika kami boleh masuk ke chalet.

Beliau berkata, “ya” dan kemudian, bertanya: “Adakah anda tetamu?”.

Apabila kami berkata “tidak”, beliau berkata: “Saya minta maaf ini adalah harta peribadi dan anda tidak dibenarkan berada di sini. Anda perlu membuat tempahan melalui pejabat kami di Kota Kinabalu sebelum anda boleh masuk.”

Ketika berjalan pulang ke jeti, kami lalu di lima buah chalet air lima bertiang di mana terdapat pasukan polis di situ.

Kami pergi mendapatkan anggota polis untuk mengumpul maklumat lebih lanjut mengenai kejadian itu dan mengambil gambar chalet di mana Hsu telah ditembak mati dan Chang telah diculik.

Polis dilihat sedang membawa keluar barang-barang dari chalet.

Terdapat juga beberapa warga asing, dipercayai pegawai dari Taiwan. Mereka beralih ke tempat lain apabila kami cuba untuk mendekati mereka.

Seorang pegawai polis memberitahu bahawa barang-barang mangsa dibiarkan dan tidak disentuh oleh lelaki bersenjata, menolak khabar angin bahawa motif di sebalik serangan adalah rompakan.

Kamera dan telefon bimbit mangsa masih berada di dalam begnya.

Anggota polis yang kami temui berkata mereka hairan mengapa lelaki itu dibunuh manakala yang wanita diculik.

Beberapa spekulasi menyatakan bahawa seseorang telah membantu kemasukan kumpulan bersenjata terbabit ke kawasan itu, kerana agak mustahil mereka masuk tanpa disedari.

Mereka juga melahirkan kekecewaan atas kekurangan kerjasama yang diberikan oleh pemilik resort dan kakitangan sambil berkata mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kenyataan daripada saksi.

Kami meninggalkan pulau itu dengan tanggapan bahawa adalah satu tugas yang sukar bagi pasukan keselamatan untuk mengawal resort itu kerana ia seolah-olah menghargai privasi berbanding segala-galanya. – Mstar Online
selengkapnya