Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label serah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label serah. Tampilkan semua postingan

Rabu, 19 Februari 2014

Susulan Kes Bunuh Pengarah JAIP KPN Minta 31 Pengikut TUHAN HARUN Serah Diri


KUALA LUMPUR – 31 orang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun diarahkan menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semalam.

“31 pengikut Tuhan Harun yang diarahkan hadir ke pejabat agama tersebut eloklah menyerah diri sebelum kami mula mengesan mereka,” katanya ketika ditemui di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh sebelum sebarang tangkapan dibuat.

Malah katanya, kes berkenaan dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan agama kerana mangsa merupakan seorang yang aktif dalam membanteras isu ajaran sesat.

Dalam kejadian semalam, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP, Mohd Raffli Ab Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya.

Ketiga-tiga suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih sejurus selepas mangsa ditembak.
selengkapnya

Jumat, 14 Februari 2014

Pesara 64 perkosa gadis 15 tahun serah diri


SEREMBAN – Seorang pembantu rumah berusia 15 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol majikannya selepas gadis terbabit membuat pendedahan kepada pihak berkuasa ketika berhadapan dengan tuduhan mencuri dan tidak memiliki permit oleh isteri suspek.

Gadis terbabit yang berasal daripada Aceh, Indonesia itu mendakwa dia telah beberapa kali dirogol oleh suami majikannya yang berusia 64 tahun.

Difahamkan, gadis berkenaan baru tiga bulan bekerja di rumah pasangan itu di Rasah Kemayan dekat sini.

Menurut sumber, sejak bekerja di rumah keluarga itu, gadis terbabit mendakwa dia beberapa kali dirogol sebelum kejadian itu disedari oleh isteri suspek yang berusia 54 tahun.

“Isteri suspek yang dipercayai mahu menutup kejadian itu kemudiannya bertindak membawa mangsa ke sebuah rumah di Rembau sebelum menghubungi polis dan menuduh gadis terbabit mencuri beberapa barangan kemas miliknya selain tidak mempunyai permit,” katanya di sini, semalam.

Sumber itu berkata, polis yang menahan gadis terbabit kemudiannya melakukan siasatan lanjut dan terkejut apabila gadis itu mendedahkan bahawa dia sebenarnya menjadi mangsa rogol majikannya.

“Pemeriksaan perubatan yang dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban mengesahkan mangsa dirogol,” katanya.

Susulan daripada dakwaan itu gadis terbabit kemudiannya membuat satu laporan di Balai Polis Seremban 2 pada Isnin lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin mengesahkan kejadian.

Menurutnya, suspek yang merupakan seorang pesara ditahan kelmarin selepas menyerah diri di Balai Polis Seremban 2 sebelum ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.
selengkapnya