Tampilkan postingan dengan label sama. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sama. Tampilkan semua postingan
Senin, 17 Februari 2014
Fergie Dan Fazura Pakai Baju Sama
Pastinya ini satu perkhabaran yang gembira buat pelakon cantik, Fazura kerana dia terlebih dahulu mengenakan pakaian rekaan Mary Katrantzou ini sebelum ianya dipakai oleh penyanyi terkenal kumpulan Black Eyed Peas, Fergie.Ini kerana kebiasaannya, selebriti tanah air yang banyak menceduk idea serta meniru pakaian serta stail yang pernah digayakan oleh bintang Hollywood dalam sesebuah majlis hiburan yang dihadiri. Fazura pernah memakai persalinan yang sama tahun lalu dalam sebuah majils anugerah stail anjuran majalah EH manakala Fergie memakainya pada pertengahan Mac lalu sempena Anugerah Kids Choice Nickelodeon yang diadakan di Los Angeles.Fazura yang sememangnya dikenali kerana mempunyai ‘sense of fashion’ yang tersendiri juga pernah diiktiraf sebagai ikon fesyen tempatan oleh sebuah majalah fesyen terkemuka negara.Atas minatnya yang mendalam dalam bidang itu, pelakon yang berusia 30 tahun itu kini dilihat sentiasa sibuk mengusahakan butiknya, House of Dolls yang terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar yang mula beroperasi tahun lalu.Siapa yang lagi cantik memakai persalinan indah rekaan pereka dari Greece ini pada pandangan anda? SUMBER
Selasa, 31 Desember 2013
Tentera perjuangan Islam bersama sama dalam perjuangan PAS
Harakahdaily
| Hazayani Zakaria, | 17 Nov 2012 |
Kami tentera perjuangan Islam - DHPP
KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyifatkan diri mereka sebagai "tentera perjuangan Islam" dan secara sukarela bersama-sama dalam perjuangan PAS.Perwakilan DHPP, K.Deepakaran berkata, ahli DHPP sudah faham perjuangan PAS dan tiada sesiapa yang memaksa mereka menyertai parti itu.
"Kita ikhlas dan sukarela nak memberi sokongan kepada sebuah parti Islam di Malaysia iaitu PAS.
"Saya selalu katakan DHPP adalah tentera perjuangan Islam. Kenapa saya katakan kami tentera Islam? kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk semua dan terima kasih untuk logo PAS For All," kata beliau sewaktu membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Putik hari ini.
Setiausaha DHPP itu juga berkata, usaha sesetengah pihak menakut-nakutkan DHPP terhadap PAS dan Islam menemui kegagalan apabila semakin ramai orang bukan Islam menganggotai DHPP dan bersama-sama dalam PAS.
"Objektf DHPP adalah merapatkan hubungan antara kaum. Pandangan orang bukan Islam, kalau kai sertai DHPP, kene peluk Islam, kena potong itu, macam-macam lagi.
"Apa yang ditakutkan lagi, kalau sokong PAS lama kelamaan tiada tempat ibadat untuk Hindu dan Buddha tapi pimpinan PAS boleh mengadakan perbincangan dengan pimpinan agama lain.
"Kami sudah faham kerana DHPP sudah ditarbiyah. Dulu kami tak faham, tapi sekarang kami faham setelah ditarbiyah. Tak ada paksaaan dari parti PAS," katanya disambut laungan takbir sidang muktamar.
Beliau juga berharap tiada ahli PAS yang menganggap DDPP sebagai ancaman kepada parti itu sebaliknya bersama-sama berganding bahu menguatkan parti itu.
"Kita adalah aset untuk PAS. kita datang nak membantu, jangan sesekali anggap DHPP sebagai ancaman kepada PAS.
"Kalau dahulu memang PAS untuk orang ISlam sahaja tapi sekarang PAS sudah terbuka kepada semua jadi kami juga ingin sama-sama berjuang dalam PAS," katanya.
Sementara itu, beliau meminta PAS dan Pakatan Rakyat menyelesaikan isu ketiadaan mykad di kalangan India dan Cina yang gagal diselesaikan kerajaan BN.
"Kira-kira 3,000 orang India termasuk Cina yang belum ada kad pengenalan. Jadi kami minta perkara pertama yang perlu diselesaikan selepas Pakatan Rakyat ke Putrajaya adalah soal kad pengenalan," katanya
Langganan:
Postingan (Atom)