Social Icons

Pages

Senin, 17 Maret 2014

Linkin Park Gegar Malaysia Ogos Ini

Linkin Park

Kumpulan nu metal dan rap metal yang berasal dari California, Linkin Park dijadualkan bakal beraksi di Malaysia pada bulan Ogos ini.
Perkara ini dikongsikan oleh pihak Warner Music Malaysia menerusi laman Facebook mereka, baru-baru ini.
Namun Warner Music masih belum lagi memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai konsert tersebut.
Linkin Park yang dianggotai oleh Chester Bennington, Mike Shinoda, Rob Bourdon, Joe Hahn, Brad Delson dan Dave Farrell sebelum ini pernah mengadakan konsert di Stadium Merdeka pada 2003.
Antara lagu hits mereka seperti In The End, Numb, Somewhere I Belong, Faint dan Crawling.
Bagi peminat tegar Linkin Park, jangan lupa dapatkan tiket anda apabila ianya sudah mula dijual nanti ya!
Oleh: AUDREY LEE
selengkapnya

Minggu, 16 Maret 2014

Polis Wanita Dibuang Kerja Kerana Bercium!

Amerika Syarikat (AS) – Seorang anggota polis wanita, Jannine England dipecat selepas dia mencium suaminya yang merupakan seorang ketua polis tempatan, Timothy Escola semasa bertugas, lapor sebuah akhbar semalam.


Gambar hiasan

Dia mencium suaminya semasa mereka berada di dalam sebuah kereta polis yang membawa seorang suspek perompak pada tahun lalu.

Bagaimanapun, suaminya yang berumur 57 tahun itu dibenarkan untuk bersara dengan mendapat pencen penuh dan tidak dipecat.

Isterinya yang berusia 30 tahun itu tidak dibenarkan untuk meletakkan jawatan tetapi dia dipecat oleh pihak pengurusan polis.

England kemudian membuat aduan kepada Suruhanjaya Peluang Hak Persamaan Pekerjaan AS.

Dalam keputusan suruhanjaya itu, England didapati tidak dibenarkan untuk bersara kerana dia seorang wanita.

Suruhanjaya tersebut menyatakan England tidak menerima layanan yang sama seperti pegawai-pegawai lelaki lain.

Menurut suruhanjaya itu, pegawai-pegawai lelaki dibenarkan bersara walaupun mereka telah melakukan kesalahan semasa bertugas.

Bagaimanapun, pihak pengurusan bandar Massillon menyatakan ia berhak untuk memecat England kerana dia masih berada dalam tempoh percubaan semasa menjadi anggota polis.

-Mummynemo.com
selengkapnya

Sabtu, 15 Maret 2014

Pulau Daydream di Australia Ini Dijual £75 million

Pulau  Daydream 
Pulau  Daydream yang terletak di Australia dijual dengan harga   £75 million($114 million) . Ada yang tertarik ?
Pulau  Daydream sengaja dijual oleh pemiliknya, Vaughan Bullivant, dia menjual pulau peribadi miliknya ini kerana ingin bersara dan sudah bosan mengurus  pulau yang dekat dengan lokasi pelancungan Great Barrier.

Great Barrier sendiri merupakan gugusan karang paling terkenal di dunia banyak para pelancung datang ke gugusan karang ini untuk menikmati keindahan bawah laut.
Dengan adanya objek wisata yang terkenal maka pulau Daydream boleh dimanfaatkan sebagai  objek pelancungan  yang menarik apa lagi sebelumnya pemilik pulau ini sudah membangun hotel dengan 300 bilik untuk para pelancung.

Selain hotel di pulau ini juga ada kegiatan pelancungan lainya seperti menyelam, bermain jet ski, dan aktiviti laut lainnya.
Pemilik pulau ini juga mengatakan jika membeli pulau ini maka tidak akan ada kerugian yang didapatkan sebab pulau ini boleh menjadi investasi yang akan terus mengalirkan wang bagi pemilik barunya.
“Daydream akan terus berkembang di tangan pemilik baru,” ujarnya.
Nah kira kira ada yang tertarik untuk membeli pulau di Australia ini?
 
Resort: The gorgeous island boasts a 300-room hotel which offers its guests jet-skiing and scuba diving
The gorgeous island boasts a 300-room hotel which offers its guests jet-skiing and scuba diving
Paradise: Arriving visitors are greeted by an array of palm trees by the jetty as they first reach Daydream Island
 Arriving visitors are greeted by an array of palm trees by the jetty as they first 
reach Daydream Island

Its hotel boasts a private golden beach for each guest, and the outdoor aquarium features 50 different corals and 80 types of sea life.
Moguls who are keen to enjoy snorkelling, jet-skiing, scuba diving and other aquatic activities will be keen to stake their claim to be the new owner of Daydream Island.
For sale: The island is to be passed on from one super-rich mogul to another - and hopefully the new owner is a fan of aquatic pursuits
 The island is to be passed on from one super-rich mogul to another 
– and hopefully the new owner is a fan of aquatic pursuits

Chapel: The resort even has facilities for weddings, aimed at couples looking to make their big day even more special
The resort even has facilities for weddings, aimed at couples looking to make 
their big day even more special

Relaxing: The swimming pool at the Daydream Island resort overlooks waters containing the Great Barrier Reef
The swimming pool at the Daydream Island resort overlooks waters 
containing the Great Barrier Reef
selengkapnya

Kamis, 13 Maret 2014

Leka Berasmara Pasangan Kekasih Dilanggar Keretapi


Di Ukraine, gara-gara berasmara di landasan keretapi lokomotif, seorang wanita berusia 30-an terbunuh manakala teman lelakinya, 41, putus kedua-dua kakinya selepas dilanggar oleh sebuah keretapi yang melalui kawasan itu.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, pasangan itu dalam perjalanan pulang sebelum mengambil keputusan berasmara di landasan itu.

“Mereka mungkin mahu mencuba sesuatu yang berani di situ,” ujar jurucakap tersebut.

Malangnya, akibat terlalu leka dan asyik dengan ‘aktiviti’ itu, kedua-duanya tidak sempat menyelamatkan diri apabila keretapi sudah terlalu hampir.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa pasangan itu dalam keadaan mabuk.

Begitulah kalau sudah terlalu ‘sangap’, landasan keretapi pun boleh jadi tempat melampiaskan nafsu.

Bila sesuatu yang buruk terjadi, menyesal pun sudah tidak berguna lagi.

Oleh: ELZA
selengkapnya

Selasa, 11 Maret 2014

Apakah Objektif Sebenar Kewujudan Majalah Mangga

Keterangan tentang tujuan sebenar majalah mangga diterbitkan, dari utusan karya. Jom tengok..









Sekarang kita fikir balik. Bandingkan isi kandungan (artikel dan gambar) majalah mangga dengan objektif majalah tersebut diterbitkan. Selari ke isi kandungan majalah tersebut dengan objektif tu? Kah kah lu fikirlah sendiri.

Sumber : Utusan Karya
selengkapnya

Senin, 10 Maret 2014

Kenapa Rasulullah SAW Menangis



“Yazid Ar-raqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata :
Jibril datang kepada Nabi s.a.w pada saat yang tidak biasa datang, dalam keadaaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w:
“Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
Jawabnya: Ya Muhammad aku datang kepadamu pada saat di mana Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka,
maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar,
dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum dia merasa aman daripadanya.
Lalu Nabi s.a.w. bersabda:
Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam!
Jawabnya: Ya, ketika Allah menjadikan Jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam,
maka ia hitam gelap,
tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan baunya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dan
rantai yang disebut Allah dalam Al-quran itu diletakkan di atas bukit nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang dihujung barat terseksa
nescaya akan terbakar orang² yang dihujung timur kerana sangat panasnya,
Jahannam itu sangat dalam
dan perhiasannya besi,
dan minumannya air panas bercampur nanah,
dan pakaiannya potong-potongan api
Api neraka itu mempunyai tujuh pintu,
tiap² pintu ada bahagian yang tertentu dari org laki² dan perempuan.
Nabi s.a.w bertanya: Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu² rumah² kami?
Jawabnya:
Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya dan pintu ke pintu jarak perjalanannya tujuh puluh ribu tahun,
tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh kali lipat ganda,
maka digiring ke sana musuh² Allah sehingga bila telah sampai ke pintunya disambut oleh Malaikat² Zabaniyah dengan rantai dan belenggu,
maka rantai itu dimasukkan ke dalam mulut mereka hingga tembus ke punggung dan diikat tangan kirinya ke lehernya,
sedang tangan kanannya dimasukkan ke dalam dada dan tembus ke bahunya,
dan setiap manusia diganding dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sambi dipukul oleh para malaikat dengan tukul besi,
setiap mereka ingin keluar kerana
sangat risau maka ditanamkan ke dalamnya.
Kemudian Nabi s.a.w bertanya: Siapakah penduduk di pintu masing²?
Jawabnya: Pintu yang terbawah untuk org² munafik dan org² kafir setelah
diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat org² musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat org² shobi’in bernama saqar.
Pintu keempat tempat iblis dan pengikutnya dan kaum majusi
bernama ladha.
Pintu kelima org² yahudi bernama khuthamah.
Pintu keenam tempat org² kristian(nasara) bernama sa’ir.
Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w sehingga Nabi s.a.w bertanya:
Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?
Jawabnya: Didalamnya org² yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.
Maka Nabi s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi s.a.w di pangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar
Nabi s.a.w bersabda: Ya Jibril sungguh besar kerisauanku.
Jawabnya: ya, iaitu org yang berdosa besar dari umatmu.
Kemudian Nabi s.a.w menangis,
Jibril juga menangis,
kemudian Nabi s.a.w masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang
dan bila sembahyang baginda selalu menangis
dan minta kepada Allah,
Padahari yang ketiga datang Abu Bakar r.a ke rumah Nabi s.a.wmengucap: Assalamua’laikum ya ahla bait rahmah,
apakah dapat bertemu kepada Nabi s.a.w,
maka tidak ada yang menjawabnya,
sehingga dia beredar dan menangis.
Kemudia Umar r.a datang dan berkata :
Assalamua’laikum ya ahla bait rahmah,
apakah dapat bertemu dengan Rasulullah
dan ketika tidak mendapat jawapan dia pun beredar dan menangis,
kemudian datang Salman Al Farisi dan berdiri di muka pintu sambil mengucapkan: Assalamua’laikum ya ahla bait rahmah,
apakah dapat bertemu dengan junjunganku Rasulullah s.a.w,
dan ketika tidak mendapat jawapannya,
dia menangis sehingga jatuh dan bangun,
sehingga dia mengucapkan:
Assalamua’laikum hai puteri Rasulullah s.a.w.
Bertepatan itu Ali r.a tidak ada di rumah, lalu bertanya:Hai puteri Rasulullah sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah beberapa hari tidak keluar rumah kecuali untuk sembahyang dan tidak berkata-kata kepada orang,
juga tidak mengizinkan org² bertemu kepadanya.
Maka segerala Fatimah memakai baju yang panjang dan pergi sehingga sampai di
pintu rumah Rasulullah s.a.w dan memberi salam sambil berkata: saya Fatimah, ya
Rasulullah…
Sedang Rasulullah s.a.w bersujud sambil menangis
dan bertanya: Mengapakah kesayanganku, bukakan pintu untuknya.
Maka masuklah Fatimah dan ketika melihat Nabi s.a.w, menangislah dia kerana melihat Nabi s.a.w, lalu dia
pucat dan sembab mukanya kerana banyak menangis dan sangat sedih
bertanya : Ya Rasulullah apakah yang menimpa padamu?
Jawabnya: Jibril datang kepadaku dan menerangkan sifat² Neraka Jahannam lalu
menerangkan bahawa bahagian yang teratas daripadanya adalah untuk umatku yang berbuat dosa-dosa besar, maka itulah yang menyebabkan tangis dan dukacitaku..
Dia bertanya: Ya Rasulullah bagaimana cara masuknya?
Jawabnya: Diiring oleh Malaikat ke neraka, tanpa dihitamkan muka juga tidak biru mata mereka dan tidak ditutup mulut mereka, dan tidak digandingkan.
dengan syaitan, bahkan tidak dibelenggu atau dirantai
Ditanya pula: Lalu bagaimana cara Malaikat menuntun mereka?
Jawabnya: Adapun kaum lelaki ditarik janggutnya sedang yang wanita ditarik, maka berapa banyak dari org² tua dari umatku yang mengeuh ketika
rambutnya
diseret ke neraka:
“Alangkah tua dan lemah diriku”
Demikian pula yang muda.”Wahai kemudaanku dan
bagus rupaku”
Sedang wanita mengeluh. “wahai alangkah malu diriku sehingga dibawa ke Malaikat
Malik”
Dan ketika dilihat oleh Malaikat Malik, lalu bertanya:siapakah mereka itu? Maka
tidak pernah saya dapatkan orang yang akan terseksa seperti org² ini, muka mereka tidak hitam, matanya tidak biru, mulutnya tidak tertutup juga tidak diikat bersama
syaitannya, dan tidak dibelenggu atau dirantai leher mereka?
Jawab Malaikat: Demikianlah kami diperintah membawa orang² ini kepadamu
sedemikian rupa.
Lalu ditanya oleh Malaikat Malik: siapakah Ente wahai org² yang celaka?
Dalam riwayat lain:ketika mereka digiring oleh Malaikat, mereka selalu
memanggil:”wa Muhammad”, tetapi setelah melihat Malaikat Malik, mereka lupa
akan nama Muhammad s.a.w kerana hebatnya Malaikat Malik, lalu ditanya:siapakah
Ente?
Jawab mereka: kami umat yang dituruni Al-Quran dan kami telah berpuasa pada
bulan Ramadhan.
Lalu Malaikat Malik berkata: Al-Quran tidak diturunkan kecuali kepada umat
Muhammad s.a.w.
Maka ketika itu mereka menjerit: kami umat Muhammad!
Maka Malaikat Malik bertanya: tidakkah telah ada larangan dalam Al-Quran dari
terhadap Allah ta’ala?
Dan ketika telah berada di tepi Jahannam dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah,
mereka berkata: Hai Malik, izinkanlah kami menangis, maka diizinkan, lalu.
mereka menangis sampai habis air mata, kemudian menangis dengan darah
Sehingga berkata Malaikat Malik: Alangkah baiknya menangis ini andaikata,
terjadi di dunia kerana takut kepada Alah nescaya Ente tidak akan tersentuh
api neraka pada hari ini.
lalu Malaikat Mallik berkata kepada Malaikat Zabaniyah: Lemparkan mereka kedalam neraka.
Dan apabila telah dilempar mereka serentak menjerit: Laa ilaaha illallah, maka.
surutlah api neraka
Malik berkata: Hai api sambarlah mereka!
Jawab api: Bagaimana kami menyambar mereka padahal mereka mengucapkan.
: Laa ilaaha illallah
Malik berkata: Ambillah mereka..
Jawab api: Bagaimana kami dapat mengambil mereka, sedang mereka membaca..
: Laa ilaaha illallah
Malik berkata: Demikianla perintah Tuhan Rabbul Arasy.
Maka ditangkaplah mereka oleh api, ada yang hanya sampai di tapak kaki, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai setengah badan, ada yang sampai leher, maka bila telah sampai ke muka,
Malik berkata: Jangan bakar muka mereka kerana mereka telah lama sujud kepada Allah, juga jgn bakar hati mereka kerana mereka telah haus pada bulan Ramadhan, maka tinggal daam neraka beberapa lama sambil
menyebut: Ya Arhamar Rahimin, ya Hannan ya Mannan.
Kemudian bila telah sampai hukuman mereka, maka Allah memanggil Jibril dan
menanyakan: Ya Jibril bagaimanakah keadaan org² yang maksiat dari umat
Muhammad s.a.w?
Jawab Jibril: Ya Tuhan, Engkau lebih mengetahui.
Lalu diperintah: pergilah kau lihat keadaan mereka
Maka pergilah Jibril a.s kepada Malik yang sedang duduk di atas mimbar di tengah
Jahannam.
Dan ketika Malik melihat Jibril, ia segera bangun hormat dan berkata: Ya
Jibril mengapakah engkau datang ke sini?
Jawabnya: bagaimana keadaan rombongan yang maksiat dari umat Muhammad s.a.w
Jawab Mallik: sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka.
telah terbakar badan dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih
berkilauan iman.
Jibril berkata: bukalah tutup mereka supaya saya dapat melihat mereka.
Maka Malik menyuruh Zabaniyah membuka tutup dan ketika mereka melihat Jibril
mereka mengerti bahawa ini bukan Malaikat yang ditugaskan untuk menyeksa.
Lalu mereka bertanya: siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu?
Jawab Malik: itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada Muhammad s.a.w.
Dan ketika mereka mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w maka serentak mereka
menjerit:
Ya Jibril sampaikan salam kami kepada Nabi Muhammad s.a.w dan
beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengan baginda, dan
beritakan kepadanya keadaan kami.
Maka kembalilah jibril menghadap kepada Allah lalu ditanya: bagaimana Ente
melihat umat Muhammad?
Jawabnya: Ya Tuhan alangkah jelek keadaan mereka dan sempit tempat mereka.
Lalu Alah bertanya: Apakah mereka minta apa² kepadamu?
Jawabnya: Ya, mereka minta disampaikan salam mereka kepada Muhammad s.a.w
dan diberitakan kepadanya keadaan mereka.
Maka Allah menyuruh jibril menyampaikan semua pesanan itu kepada Nabi
Muhammad s.a.w yang tinggal dalam khemah dari permata yang putih mempunyai
empat ribu pintu, tiap pintu mempunyai dua daun pintu dari emas, maka berkata jibril:
Ya Muhammad saya datang kepadamu dari rombongan org² yang derhaka dari
umatmu yang masih terseksa dalam neraka, mereka menyampaikan salam kepadamu
dan mengeluh bahawa keadaan mereka sangat jelek dan sangat sempit tempat mereka.
Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w ke bawah Arasy dan bersujud dan, sehingga Allah menyuruh Nabi: Angkatlah kepaamu dan mintalah
memuji Allah dengan pujian yang tidak pernah diucapkan oleh seorang
makhluk pun
nescaya akan diberi, dan ajukan syafaatmu pasti akan diterima.
Maka Nabi Muhammad s.a.w berkata: Ya Tuhanku, org² yg derhaka dari umatku,telah teraksana pada mereka hukumanMu dan balasanMu, maka terimalah.
syafaatku
Allah berfirman: Aku terima syafaatmu terhadap mereka, maka pergilah ke neraka
dan keluarkan daripadanya org yang pernah mengucap Laa ilaaha illallah..
Maka pegilah Nabi Muhammad s.a.w ke neraka dan ketika dilihat oleh Malaikat
Malik segera ia bangkit hormat, lalu ditanya: Hai Malik, bagaimanakah keadaan
umatku yang derhaka?
Jawabnya: Alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka, lalu
diperintah bukalah pintu dan angkat tutupnya.
Maka apabila org² neraka itu melihat Nabi Muhammad s.a.w mereka serentak
menjerit: Ya Muhammad, api neraka telah membakar kulit kami.
Maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka itu ke sungai di
muka pintu syurga yang bernama Nahrul Hayawan, dan di sana mereka mandi
atau org² Jahannam yang telah dibebaskan Allah.
Dan mereka kemudian masuk ke
syurga.
Maka apabila org² neraka melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka,
mereka berkata:
Aduh sekiranya kami dahulu Islam, tentu kami dapat keluar dari
neraka, demikianlah sebagaimana firman Allah :
Pada suatu saat kelak org² kafir.
ingin andaikan mereka menjadi Muslim
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a berkata :
org² neraka memanggil Malaikat Malik, tetapi tidak dijawab selama empat puluh tahun,
kemudian dijawab: Bahawa Ente tetap tinggal dalam neraka.
Kemudia mereka berdoa(memanggil) Tuhan:
Ya Tuhan keluarkanlah kami dari neraka ini,
maka bila kami mengulangi perbuatan² kami yang lalu itu bererti kami
zalim,
maka tidak dijawab selama umur dunia ini dua kali,
kemudian dijawab: Hina
dinalah Ente di dalam Neraka dan jangan berkata-kata!
Demi Allah setelah itu tidak ada yang dapat berkata kata walau satu kalimat, sedang
yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka
hampir menyamai suara himar (keldai)
::ingatlah…hari kiamat kian hampir… peringatan ini bukan untuk saudara saudari
sekalian sahaja, tetapi untuk diri saya sendiri… hari kiamat adalah benar, neraka
adalah benar, perkataan yang keluar dari Nabi besar junjungan kita adalah benar,
janji Allah juga benar… dan sesungguhnya seksa Tuhan amat keras….
selengkapnya

Minggu, 09 Maret 2014

Ayat Ayat Kelakar Sepanjang Zaman Oleh Samy Vellu





1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"


2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"


3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”


4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”


5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"


6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"


7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"


8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari” )


9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"


10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"


Dia ni legend,mana nak cari pemimpin macam dia ni.
selengkapnya

Sabtu, 08 Maret 2014

BANJIR Adnan Arah Kem Tentera Jadi Pusat Pemindahan Baharu


KUANTAN –  Beberapa kem tentera akan dijadikan pusat pemindahan baharu mangsa banjir di Kuantan kerana ada pusat pemindahan yang terlalu ramai dan tidak selesa keadaannya.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata arahan itu dikeluarkan selepas beliau meninjau beberapa pusat pemindahan iaitu sekolah yang ditenggelami air dan mangsa banjir berada dalam keadaan tidak selesa serta ada yang tidak makan kerana jumlah mangsa terlalu ramai.

“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mereka ini dihantar ke pusat pemindahan baharu…di pangkalan tentera seperti Kem Batu 10 dan pangkalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Galing.

“Perdana menteri setuju dengan saranan ini dan mengarahkan saya supaya segera melaksanakannya dan petang ini saya mengadakan mesyuarat bersama pegawai-pegawai kanan kem terlibat dan pasukan keselamatan lain untuk langkah seterusnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pusat pemindahan sementara di Sungai Isap di sini.

“Kami juga telah meminta pihak tentera memasak makanan untuk mangsa banjir dan hantar kepada mereka di situ kerana saya lihat ada yang tidak makan sebab terlalu ramai sampai tidak cukup makan, sedih saya tengok,” katanya.

Menurut Adnan, selain masalah logistik, pihaknya turut menghadapi masalah seperti pihak sekolah enggan bilik darjah sekolah digunakan sebagai pusat pemindahan.

Sementara itu, Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata beliau mengarahkan pemimpin yang terlibat dengan Perhimpunan Agung Umno supaya pulang ke kawasan masing-masing untuk turut sama membantu mereka yang terjejas dengan bencana itu. – BERNAMA
selengkapnya

Jumat, 07 Maret 2014

‘Projek IC’ di Sabah membuatkan majoriti pengundi tidak gembira

Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita
February 26, 2013
Tinjauan oleh Merdeka Center mendapati 60 peratus pengundi percaya sebahagian besar warga asing mendapat kad pengenalan biru untuk menunjukkan status mereka sebagai warganegara. — Gambar failKUALA LUMPUR, 26 Feb — Sembilan daripada 10 pengundi tidak bersetuju dengan langkah Putrajaya memberi kewarganegaraan kepada warga Indonesia dan Filipina untuk tinggal dan mengundi di Sabah, berdasarkan tinjauan pengundi berikutan pendedahan semasa Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai kebanjiran warganegara asing sejak 20 tahun lalu di negeri tersebut.

Merdeka Center, yang melakukan tinjauan bebas ke atas 1,021 pengundi di Semenanjung Malaysia pada akhir Januari berkata, 86 peratus mengatakan mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang digelar “Projek IC” sehingga menyebabkan peningkatan mendadak populasi di negeri Di Bawah Bayu itu.

Tinjauan tersebut menunjukkan 60 peratus pengundi percaya sebahagian besar warga asing mendapat kad pengenalan biru untuk menunjukkan status mereka sebagai warganegara.

Isu yang berbangkit mengenai pendatang haram tidak dikaji berdekad lama menyebabkan kemarahan di kalangan rakyat Sabah khususnya kaum asli seperti Kadazandusun dan Murut, yang merasakan negeri mereka dicabul kedaulatannya dengan kebanjiran pendatang asing dari Filipina dan Indonesia.

Lebih suku daripada populasi di Sabah ialah pendatang asing, sejumlah 889,000 dari 3.2 juta penduduk, iaitu 28 peratus berdasarkan bancian 2010.
Sabah mempunyai 926,638 pengundi menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star pada Jun.

Kehadiran pendatang asing dalam jumlah yang besar membimbangkan penduduk Sabah, selain turut menyalahkan mereka berikutan peningkatan jenayah dan kekurangan peluang pekerjaan.
Selain itu, baru-baru ini lebih 100 orang bersenjata dari Filipina menceroboh Lahad Datu dan mendakwa Kesultanan Sulu memiliki Sabah sejak 2009 serta enggan meninggalkan kawasan berkenaan.

Melihat kepada masalah kebanjiran pendatang asing, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razik bersetuju untuk mengadakan inkuiri suruhanjaya diraja (RCI) bagi mencari jalan penyelesaian.
Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama memerintah Malaysia bermula 1981 hingga 2003, dituduh sebagai dalang dalam “Projek IC”, dimana kewarganegaraan diberi untuk mendapatkan undi.

Namun bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh yang mentadbir negeri itu dari 1976 hingga 1985 menafikan kewujudan “Projek IC”.
Dr Mahathir dalam sidang media bulan lalu berkata warga asing di Sabah sememangnya layak mendapatkan kewarganegaraan, tetapi menegaskan ia “masih mengikut undang-undang”.

Inkuiri yang diketuai oleh bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan disambung semula pada 5 Mac.
Tinjauan 23 Januari hingga 6 Februari yang dibiayai Merdeka Center melihat kepada persepsi pengundi menjelang pilihan raya ke-13 tidak lama lagi, dengan ralat sebanyak 3 peratus.

Badan peninjau itu berkata tinjauan itu dilakukan selepas 12 Januari, iaitu Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan pemimpun Pakatan Rakyat (PR) di ibu negara dan juga liputan media mengenai inkuiri suruhanjaya diraja mengenai Projek IC di Sabah.
Ia juga bertanya pelbagai isu, termasuk mengenai peniaga permaidani Deepak Jaikishan, kenyataan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan yang sering bertentangan dengan kerajaan dan isu kalimah Allah.
selengkapnya

Kamis, 06 Maret 2014

Minyak ‘kanser’

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser.

Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit. 
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab menggunakan lesen dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mengutip minyak dengan harga tertentu di kedai dan premis menjual makanan sebelum menjualnya kepada industri. 

“Malangnya minyak yang sepatutnya disalurkan kepada industri biodiesel ini dikitar semula dan dijual di pasaran dengan harga jauh lebih rendah.

NADZIM (kiri) bersama Ja’afar menunjukkan demonstrasi perbezaan antara minyak tulen dan terpakai.


“Sudah tentu ia mendapat sambutan kerana harga yang murah.
selengkapnya

Rabu, 05 Maret 2014

10 Humburger Termahal Di Dunia

1. Cheese Burger Sapi Kobe dengan Jamur dan Bacon

Di beberapa restoran di Amerika dengan berani membuat berbagai inovasi unik, dengan berani membuat makanan murah ini menjadi makanan yang luar biasa dengan menggunakan daging sapi khusus. Daging sapi Kobe memang terkenal sangat mahal dan lembut, apalagi dengan tambahan keju Gorgonzola, ditambah jamur tumis, bacon dan selai bawang. Harganya? $21.75 sekitar 220 Ribu Rupiah! Anda ingin mencobanya?

2. Hamburger Spago

Di Spago restoran di Beverly Hills, anda akan bertemu dengan menu Hamburger dengan harga fantastis: 250.000 Rupiah! Kenapa bisa semahal itu? Ternyata karena restoran ini dikelola oleh seorang Chef bernama Wolfgang Puck, dan Wolfgang adalah pecinta burger. Jadi jangan takut, burger yang dia sajikan tentunya adalah burger terbaik bayangkan aja, burger dengan keju cheddar, bawang merah panggang plus aioli bawang putih.. pasti seru!!

3. Kobe Sliders

Menu yang satu ini memang unik, Slider ini adalah menu favorit yang terdiri dari enam potong burger kecil kecil. Masing-masing mendapat bantuan berupa Russian Dressing, bawang, plus Keju Swiss. Yang menarik adalah masing-masing burger dibuat dari daging sapi Kobe, dengan harga: 300 Ribu-an per porsi.. dengan kata lain 1 burger harganya 50 Ribu Rupiah!!!

4. 21 Burger

Restoran yang dikenal dengan nama 21 di New York ini memiliki salah satu sajian khas yang disebut 21 Burger. Harganya lumayan, 325 Ribu Rupiah per porsi. Kenapa mahal? Burger ini dibuat dengan tambahan lemak dari bebek, marjoram dan thyme, bahan khas yang membuat menu ini berbeda dari berbagai burger lain. Selain itu, makanan ini disajikan dengan tomat panggang, bawang dan kentang panggang juga! Keren kan?

5. Burger Rossini
Burger bar! tempat ini suasananya santai, tapi sekali Anda melihat menu yang ada, baru Anda akan mengerti bedanya. Rossini Burger, kreasi dari Hubert Keller, pemilik Burger Bar ini dibuat dari daging sapi Kobe dengan saus truffle (sejenis jamur) dan foie gras (hati angsa khas Perancis) yang diapit sepasang roti bawang yang luar biasa nikmat! Harganya? 600 Ribu Rupiah! Hmm bagaimana tertarik kah anda ?

6. Grand Burger

Menu yang disajikan di McGuire’s Irish Pub di Pensacola, Florida ini memang agak berbeda. Dibuat dari daging filet mignon segar, tapi bukan hanya ini yang membuatnya istimewa, selain daging, burger ini juga diisi selada, tomat dan bawang, tapi, ada tambahan lain! Kaviar! Selain itu, jika Anda memesan makanan ini, Grand Burger akan disajikan dengan Sampanye khusus: Moet & Chandon White Star Champagne. Harganya? 1 Juta Rupiah!

7. Burger Double Truffle

Daniel Bouolud, pemilik DB Bistro Moderne di New York ini memiliki ide menarik untuk burger buatannya. Buatan pertamanya adalah burger yang diisi dengan foie gras (hati angsa khas Perancis), ditambah dengan iga bakar dan truffle (sejenis jamur). Sedangkan menu termahal yang ada di bistro miliknya, dengan bandrol 1,5 Juta Rupiah, adalah Burger Double Truffle, mengapa mahal? Truffle yang digunakan untuk burger ini sampai 2 ons!

8. Burger Richard Nouveau


Wall Street Burger Shoppe, yang didirikan, tentu saja di Wall Street, New York menyajukan burger dengan harga fantastis: 1,75 Juta Rupiah! Burger ini dibuat dari daging pilihan dari sapi Kobe, dan dilumuri dengan foie gras, truffle dan daun emas! Bahkan saus mayones yang dibuat khusus untuk Burger ini juga diberi tambahan truffle dan daun emas! Wajar kan jika harganya selangit?

9. Absolutely Ridiculous Burger

Harganya: 5 Juta Rupiah! Sampai sekarang bahkan tidak jelas kenapa para pengunjung Mallies Sports Bar di Southgate, Michigan beranggapan bahwa burger ini masih sehat. Bayangkan saja, burger ini dibuat dari sekitar 75 kg lebih daging sapi. Jika Anda ingin mencobanya, setidaknya 72 jam sebelum Anda datang, Anda sudah harus memesan makanan ini. Anda boleh membawa maksimal 30 orang untuk menghabiskan burger ajaib ini beramai-ramai! 30 orang? dengan kata lain, satu orang harus menghabiskan 2,5 kg daging! Pantas saja orang Amerika pada gemuk ya?

10.Burger Daging Sapi Kobe dan Lobster Maine

Burger yang bisa ditemui di Le Burger Brasserie di Las Vegas, Nevada, ini, dibuat dari daging sapi kobe giling ukuran besar ditambah potongan lobster besar-besar juga. Setelah matang, burger tadi diberi saus yang dibuat dari Keju Brie, prosctiuttobalsamic (yang dibuat dari cuka anggur). Harganya? 7,8 Juta Rupiah! Mahal? Memang, tapi jangan kuatir, karena begitu Anda memesan burger ini, Anda akan mendapat 1 botol Dom Perignon Rose untuk menemani makanan ini.Hmmm bagaimana apakah sahabat piyenkz ingin mencoba salah satu dari 10 daftar di atas ? hmm selamat mencoba yah ^__^, (ham khas Italia), bawang karamel dan saus


sumber
selengkapnya

Selasa, 04 Maret 2014

Cartridge Canon IP2770 Hitam Tidak Terdeteksi

Bagaimana cara mengatasi cartridge hitam Printer Canon IP 2770 yang tidak terdeteksi? Ditulisan sebelumnya kita telah membahas Harga Canon IP 2770 terbaru dan Harga Cartridge Canon IP 2770. Nah..sekarang kita akan membahas permasalahan pada cartrideg printer tersebut.

Kalau Ente seorang teknisi printer pasti tidak asing dengan permasalahan ini. Untuk solusinya sangatlah mudah, untuk mengatasi printer Canon IP 2770 yang tidak terdeteksi cartridge hitamnya karena habis mengisi ulang tinta. Langkah Pertama adalah Hidupkan komputer atau laptop Ente, Hidupkan juga printer Ente, lihatlah lampu Resume berkedip terus berwarna jingga. Tekan dan tahan selama 5 detik tombol Resume tersebut. Selesai sudah..

Tips atau solusi cara mengatasi cartridge hitam printer Canon IP 2770 yang tidak terdeteksi diatas saya referensinya saya dapat dari blognya Saiful Arifin, http://tips-komputer.com/5-detik-tips-ringan-cara-mengatasi-cartridge-hitam-printer-canon-ip2770-yang-tidak-terdeteksi.html. Nah, Semoga tulisan ini bermanfaat buat teman-teman semua :)

Tulisan lainnya:
Tinta warna merah tidak keluar
Perbedaan tinta 14pl dan 42pl
Memperbaiki print head tersumbat
selengkapnya

Senin, 03 Maret 2014

Gambar Datuk Husam Musa SEBAK MENITIS Air Mata

DCM  

Kredit tertera pada gambar.
 Datuk Husam Musa calon PAS di P-125 Putrajaya tidak mampu menahan sebak dan mengalirkan air mata  ketika bacaan doa. Beliau ditenangkan oleh beberapa orang pengiring beliau. 

Allahuakbar!

Mengapa beliau menangis? Tonton video ini. Mungkin ada dapat meneka sebab beliau sebak dan menangis. - DCM
selengkapnya

Minggu, 02 Maret 2014

Gabung tiga parti Cina BN tidak selesai masalah kata penganalisis

Oleh Rita Jong
July 21, 2013

Rancangan untuk menggabung ketiga-tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak akan mengembalikan sokongan ataupun menawan semula pengundi Cina, kata penganalisis politik.

Penganalisis berpendapat masalah utama MCA, Gerakan dan SUPP yang mengikis keyakinan pengundi mereka ialah kebencian ketara terhadap BN dan sikap tunduk kepada Umno.
Penganalisis politik, Dr Lim Teck Ghee, berkata cadangan penggabungan itu berpunca dari kesempitan dan cubaan terakhir untuk kekal relevan dalam arena politik.

"Bagaimanapun, penggabungan bukanlah jawapan kepada pengundi Cina mahu dari parti mereka. Pengundi mahu parti yang berdiri memperjuang hak dan bercakap bagi pihak mereka.
"Pemimpin ketiga-tiga parti juga dilihat lebih berminat untuk mengekalkan agenda sendiri dan kuasa," katanya dan menambah, pengundi Cina mengharapkan keadilan dan janji kesaksamaan ditunaikan.

"Kontroversi terkini melibatkan pendidikan universiti, jelas menunjukkan kelemahan dan ketakmampuan ketiga-tiga parti itu untuk memperjuang hak masyarakat Cina," katanya.
Beliau merujuk laporan media membabitkan beberapa pelajar bukan Melayu terbaik yang tidak mendapat tempat dalam universiti tempatan untuk belajar perubatan dan lain-lain kursus yang popular.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim, Suffian pula percaya ketiga-tiga parti politik itu mungkin menjadi lebih berkuasa dalam BN jika penggabungan berlaku.
"Cadangan penggabungan sedikit terlewat. Kurang sokongan di kalangan pengundi Cina bukan kerana bantahan pengundi ke atas MCA, SUPP dan Gerakan sahaja," katanya.

Sebaliknya, beliau percaya peralihan pengundi Cina menunjukkan tahap hilang kepercayaan ke atas BN secara keseluruhan.
Sementara itu, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membayangkan langkah itu pasti berdepan halangan besar lantaran falsafah politik berbeza antara mereka.

"Ia tidak akan jadi mudah bagi ketiga-tiga pihak untuk bergabung. Mereka perlu menjawab kepada akar umbi, punca mengapa mereka mahu bergabung.
"Bagaimana mereka kendalikan aset parti? Adakah MCA bersedia melepaskan matlamat mereka berjuang untuk kaum Cina dan menjadi parti berbilang kaum?

"Siapakah yang akan jadi Presiden parti baru ini? Chua Soi Lek? Peter Chin?" kata Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok merujuk pemimpin semasa MCA dan SUPP.
Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming juga percaya usaha penggabungan itu terlewat memandangkan setiap parti politik memiliki struktur berbeza.

Sebagai contoh, MCA sebuah parti berasaskan kaum Cina manakala dua parti lain mempunyai kecenderungan berbilang kaum tanpa mengira ahli bukan Cina, dalam struktur kepimpinan. - 21 Julai 2013.
The Malaysian Insider
selengkapnya

Sabtu, 01 Maret 2014

Kelakar – Bila Siti Nurhaliza Di’Gangnam Style’ Kan!

Kelakar - Bila Siti Nurhaliza DiGangnam Style Kan!

Nampaknya demam Gangnam Style macam tidak mahu kebah lagi.
Daripada satu kepada satu klip parodi gaya itu yang terbit di Youtube saban hari.
Kalau di negara ni, antara yang terbaru melibatkan Siti Nurhaliza.
Rasanya parodi ini diterbitkan oleh peminat-peminat Siti dan berbeza sikit dengan Gangnam Style yang asal sebab….gangnam style siti nampak cukup sopan dan lebih kiut tariannya  ->Komen peminat.

Sumber - MyNewshub
selengkapnya